Monday, December 20, 2010

Urmmm....

I am studying...
Jangan kaco!
hehehehee...

Da lama kot tak study.
Otak rasa bebal.
Malam ni, saya bukak buku sebab terpaksa lepas kena pressure oleh mereka2.

Me? Study?
Memang tak ah..
Buku tengah dibuka, tapi saya tengah berblogging.
Apekah?

Monday, October 11, 2010

Moving out..

Saya bakal berpindah..
Saya bakal memulakan hidup baru.
Ewah~Gedik!!

Saya nak balik kampung.
Ho yeay!!

Separuh barang sudah diangkut pulang.
Tinggal lagi separuh.
Ape nak buat lepas ni?
Malas nak fikir lagi.
Saya nak balik dan merehatkan diri sepuas-puasnya.
Sebelum saya mengatur langkah baru.
Doakan saya berjaya dalam langkah seterusnya..

Tak suke!!!

Saya tak suka blog saya ni.
Saya jeles tengok blog org laen santek-santek.
Blog saya ni, comot!!
Kenape blog orang lain cantek?
Kenape blog saya comot?

Okey, saya tau jawapannya..
Tolong jangan jawab!

Terima kasih kepada sape-sape yang terjawab soklan tu secara spontan.
Saya rasa nak edit entri-entri lama, kasik cantik.
Saje je nak edit biar cantik.
Sebab saya suka baca catatan lama.
Macam buat revision.
Macam belajar subjek Sejarah.
Owh, saya suka subjek sejarah.
Tapi tak suke cikgu sejarah.
Tapi tade masa lagi nak buat perkara-perkara karut tu sekarang.
Tunggu saya menganggur nanti. Pasti saya ada banyak masa.
yeszaa..!!

Friday, September 17, 2010

Jiwa Kacau..

Syawal ke-8 2010

Terasing di ofis.
Jiwa kacau memikirkan mereka-mereka di kampung halaman.
Serasa ingin terbang pulang, menyertai mereka.

Hati gundah, lantas saya melayan lagu di bawah untuk meningkatkan kadar kecelaruan emosi
ke tahap yang lebih serius.

Sila join dengar lagu ini.













Wednesday, September 8, 2010

Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua...
(kaler biru sebab ni kaler baju raya saya taun ni =P)

Saya masih di ofis.
Esok petang, selepas kerja baru bergerak pulang ke kampung halaman.
Nak balik!!!!
uwaa..uwaa..

Friday, September 3, 2010

Beza..


Awak tau tak beza antara 'Guest' dengan 'Guess'?
Kalau tak tau, meh sini saya bagitau.
Perbezaan:

1) Ejaan -
Rujuk ejaan yang tertera di atas
2) Maksud/makna -
Guest: Tetamu @ Insan yang datang secara diundang atau tidak diundang.
Guess: Jenama bagi koleksi fesyen bagi wanita, lelaki mahupun kanak-kanak.

p/s: Makna bagi perkataan di atas bukan lah dirujuk dari mana-mana enjin carian atau kamus dewan bahasa dan pustaka.
Ianya adalah hasil nukilan penulis mengikut tahap kefahaman beliau.

Kenapa saya tibe2 membangkitkan perbezaan bagi dua perkataan di atas?
Haila..
Kisah nye begini..

Semalam, one of my collegues suruh saya akses server yang tak pernah saya akses sebelum ni.
Saya namakan si dia sebagai H (nama sebenar).

......
H : "You try to log into ModelDB database. Do you have ModelDB in your local?"
The Writer: "No, don't have".
H : "Do you know what is the server name?"
The Writer: "Urm, don't know." (Huhu..)
H : "V, what is the server name for ModelDB database?" (Owh, sebaek dia pon tatau macam aku.)
V : "my138db**..."
H : "Okay, you try to log into the server and check for ModelDB database".
The Writer: "Okay. What is the server name again?"
H : my138db**..

Saya memang tak brape dengar nama penuh server tu.
Tapi, sebab H dan V dah sebut nama server tu 3 kali, lantas dengan machonye saya login server tu guna MSSQL2005 yang wujud kat local saya.
Tapi, bile bukak je MSSQL2005, dan saya kene key in server name, saya terus type 'my138db..'

The Writer: my138db what?
H : dbcr (Ini yang saya dengar H sebut)
The Writer: dbcr?
H : dbsr
The Writer: blurrr...isk, takkan dbcr. dbcr stand for database change request.

Tanpa segan silu, saya terus taip my138dbcr.

The Writer: "dbcr? dbsr?"
H : "my138dbsr"
The Writer: "Owh...hehe" (gelak kaver malu sebab mengalami masalah pendengaran yang tanpa diundang).
Naseb baek, H sabar melayan karenah pendengaran saya yang kurang jelas ni.

Lepas berjaya menemui server name yang betol, saya perlu masukkan username dan password pulak.

H : "V, What is the username and password for the server?"
V : "Guest for username and password"

Saya pon memasukkan username dan password yang di dengar. Pada logik saya, pastilah username dan password nye bermaksud tetamu.
Tapi, saya tanpa sengaja telah memalukan diri dengan memasukkan ejaan 'Guess'.
Kompem lah x boleh nak login.
H dengan segera menilik ejaan saya lantas membetulkan...

H : "Aiyaa..G.U.E.S.T, not GUESS. GUESS is hahahahahahahhahahaha"

Kuang ajo. Dia gelakkan aku tanpa segan silu.
Haila...rasa nak toreh muka dengan kesilapan tersebut.
H gelakkan saya sampai merah-merah muka dia.
Saya pon rasa muka saya memang panas.
Nape lah saya boleh salah eja?
Mesti H bajet, saya ni da lama mengidam nak beli barangan berjenama GUESS..
Hoila..hoila..
Malu yang tak tertahankan sebab kene gelak. Kompem si V dengan KS tau perihal kejadian ni.
Isk..isk..


Soklan: Betol ke, bile kite rabun, pendengaran kite turut terganggu?

Sejak pakai spek ni, saya rasa saya kurang mendengar. Tambah2 di bulan puasa ni. Rasa macam bunyi perut tu bergema sehingga menggangu pendengaran. Ada ke?

p/s: hari ini ada sale kt Uptown 5, Tower A.
Moh kite beramai-ramai...






Thursday, August 26, 2010

Keterujaan Yang Terbatas

Saya mintak maaf sebab buat cerita karut...
Saya tak jadi cuti dr jumaat sampai selasa.

Maaf buat mereka yang telah berasa cemburu di atas cerita karut yang tidak benar tersebut.

I just cancelled my leave on this coming 30th August 2010..
Uwaa..uwaa...
Baru je eksaited sebab kunun2 dapat cuti panjang.

So, I'll be going back to hometown from Friday 26th to Sunday
29th ONLY.

Nape saya kensel cuti saya?

Sebab, my annual leave hanya berbaki 1 hari saje..
Diulangi...1 hari.

And after discussed with Lin and Nana thru skype-ing and text messaging with my eldest sister,
I decided to save the one and only leave balance for my hari raya.

Woo..susah tau nak buat decision tentang perkara yang berkaitan dengan cuti a.k.a bebas dari bekerja ni.
Sebaek ada kepala-kepala mereka ni untuk bersama-sama mencari kaedah penyelesaian masalah berkaitan cuti yang hanya berbaki 1 hari...
DIULANGI LAGI.. 1 hari.
Kakak-kakak ku sudah bising sebab saya tak apply cuti sebelum raya.
Ini kerana, mereka akan kekurangan sumber tenaga untuk gotong-royong memasak and all hari raya preparation.


haila...
Baru berhajat nak gi anta adek-adek balik asrama diorang ahad nanti.
Tengok la camne...


Okay, mari kita lihat antara wajah-wajah mereka yang dirindui...


Muka sendiri boley ke include?
Kire halal la..ni je gambar yang sempat di jumpai time tengah bizi kt opis tapi busan nak ngadap keje..
So, I took this oppurtunity and curi tulang to update my blog.
hahah..


Wednesday, August 25, 2010

Teruja

Teruja?
Ohh, sangat tak sabar!

Esok saya mahu pulang ke kampung halaman.

Hampir dua minggu tak balik kampung.

Rindu...rindu suasana kampung.
Rindu...rindu nak jumpa abah, kakak-kakak dan adek-adek.
Rindu...nak lawat kubur mak.

Semoga mak bahagia di 'sana'.

Esok, lepas kerja harus bertolak pulang.

Macam biasa, saya drive sengsorang.

Semoga perjalanan pergi dan pulang saya, dirahmati Allah.

Semoga selamat sampai.

Tak tahu kenapa, kali ini memang rasa tak sabar nak balik.
Yeay..saya cuti sampai selasa.

Hujung minggu + Nuzul Quran + Hari Merdeka

Selamat menyambut kemerdekaan ke- 53 Malaysia!!!!





Sunday, August 22, 2010

haihh...~

Ahad buat saya rasa tak gembira...
Sebab??
Sebab Isnin akan tiba dengan kadar yang segera.

Malam ni rasa macam tamo tido...
Sebab??
Sebab bile saya tido, esok bukak mata, hari isnin dah menjelma.

Haila~
Bile dah kerja ni, kenapa la hati jadi tak suke pada hari Isnin...
Awak suke ke?

Saturday, August 21, 2010

Strong!




"A strong person knows how to keep their life in order.
Even with tears in their eyes, they still manage to say ' I'm okay ' with a smile."


Perlu ke?

Dah lama saya tak update blog ni.
Macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup saya sejak kebelakangan ini.
Saya masih rasa kelam-kabut. Rasa sukar nak mengatur hidup.

10 Julai 2010 - Saya kehilangan insan yang paling saya sayang, paling rapat dalam hidup saya.

Bila baca balik entri-entri lama dalam blog ni, saya jadi sedih.
Banyak yang berkaitan dengan insan istimewa tu...mak.
Perlu ke saya delete semua entri berkaitan mak?
Kalau dibiarkan, saya sedih bile baca dan mula ingat detik-detik mak mula sakit.
Sedih kalau nak di ingat. Tapi, saya tak nak lupe kenangan tu...

Rindu..rindu...rindu...

Thursday, June 17, 2010

Tik..tik..tik..waktu berdetik

Lagi 8 minit, saya boleh kemas barang.
Sangat lapar. Saya berpuasa hari ini. (Ganti + Sunat Rejab)
Nak berbuka dengan menu ape ye? *thinking*

Selamat berbuka kepoda mereka yang berpuasa sunat dan insan2 lain yang baru nak ganti puasa macam saya...hihi =)

Hari ini

Nak tau ape yang saya buat hari ini?

1) Saya masuk ofis pukul 9.10 pagi. Tapi baru ada 3 orang kt P&T.
2) Saya masuk ofis dan bukak facebook.
3) Saya hantar daily task yang terlupa nak hantar semalam.
4) Email dari HR masuk, manager saya MC hari ni...hheehee. i loike~
5) Saya bukak synergy nak tengok kerja ape yang kne buat hari ni.
6) Ada satu isu dari KFC. Kene explain pada manager masalah tentang isu terbabit.
7) Saya buat isu sambil baca blog-blog di internet.
8) Lunch hour, sambung baca blog sambil siapkan isu untuk KFC.
9) Saya closed web browser sebab tak dapat nak focus kerja.
10) Saya prepare feedback form untuk customer Murphy Oil Sarawak. OMG, it took me 3 hours to finish investigated the issue and prepared the feedback form. Sungguh perlahan, bukan lembap!
11) Murphy Oil and KFC done. Whats next?
12) Sekarang sudah pukul 5.54 p.m, tapi saya belum boleh balik lagi. Ari ni kne stay sampai 6.10p.m sebab nak imbang duga balik waktu kerja saya. (Sebenarnye, saya tak peduli pon =P)
13) Saya baru nak buat connection profile untuk company SSM. Kunun2, nak start investigate EC form issue, tapi saya kembali berblogging. Apa nak jadi dengan saya?

Kalau dapat post entri, rasa mcm nak post banyak entri satu hari. Kalau datang aura bz wumeng, memang bersawang la blog ni...huuu~

Di pejabat

Saya sedang di pejabat sekarang.
Rakan seagama di department saya - Lin sedang menghabiskan cuti tahunan beliau sekarang.
Jadi, bermula hari ini sehingga esok, i'm the only Malay + Muslim girl here, in Product and Technology Department.
Owh, baru saya perasan. Memang ada dua gadis saja di jabatan ini.
Ada lagi dua orang yang lain tapi saya rasa mereka bukan gadis lagi. hahaha~
Owh, saya perlu pulang awal nampaknya.
Bukannya saya menuduh mereka cuba melakukan sesuatu terhadap gadis seperti saya. Cuma, saya memang mahu pulang awal. Perasaan malas untuk melakukan kerja sedang menguasai diri. Walaupun masih ada kerja yang perlu disiapkan, saya sedang berlengah-lengah melakukannya. Lagipun, hari ini saya berpuasa jadi tak perlu keluar lunch. Kerja yang saya sedang siapkan ni pun, kelihatan mudah. Eh, memang mudah. Cuma saya rasa 'chuak' bila nak release ke Consultant. Takut ter 'miss out anything' or saya 'careless' ketika menguji nye. Tambahan pula, sekarang saya sedang asyik membaca blog-blog blogger lain di internet. Saya asyik ketawa membaca entry-entry di blog si jebon ni. hahaha~ kalau tiba-tiba kedengaran bunyi kerusi patah, adakah bermaksud saya di baling dengan kerusi oleh rakan sekerja kerana disyaki gila akibat ketawa seorang diri di depan laptop? Owh, harap tidak.
Saya memang tade idea nak update blog, tapi ia perlu di update supaya tidak kelihatan bersawang. Okey, perlu kembali membaca blog lain sebelum lunch hour tamat dan rakan sekerja lain masuk menyambung kerja.

Sunday, June 6, 2010

Alhamdulillah..

Saya baru pulang dari hospital...
sangat penat seharian di sana.
doctor ckp, mak maybe dah boley keluar next week.
mak da boley makan secara normal.
so, kalo keadaan mak bertambah baek, mak boley keluar.
yeay!!
semoga mak cepat kuar.
mak nampak sedey, nmpk macam asek ingat rumah, asek termenung walopon dikelilingi semua anak2.
saya tak berani nak tanye, takot mak sedey, takot mak nanges.

"Mak, mak kene kuat. Kene kuat untuk kesihatan mak. Kene kuat untuk anak2 mak. Mak kne kuat untuk abah. Mak kene kuat hadapi dugaan ni. Saya sayang mak."

Friday, May 14, 2010

Mak~ Saya Sayang Mak...

Urm, da lama saya tak post entri baru kat blog ni.
Rasa macam nak tulis macam-macam kt sini, tapi tak berkesempatan.
Mak saya masuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari 29 April 2010 yang lalu. Sejak dari hari tu, memang hari-hari saya berulang-alik dari Damansara ke KL. Memang penat, tapi kalau sehari tak ke hospital, hati saya tak tenang. Siang bekerja, malam berjaga. Tapi, saya puas dapat jaga mak, dapat tengok keadaan mak. Bila tengok mak sakit, diri rasa begitu teruk... (*_*)"

Rasa macam nak panggil Doraemon, mintak alat undur masa. Rasa macam tamo bagi mak sakit. Sian mak. Macam-macam doktor buat. Setiap masa ambil darah, cucuk sana, cucuk sini. Bila tanye, "Sakit ke mak?". Mak ckp,"tak sakit. dah biasa dah..". Rasa nak menitik air mata. Tapi, saya tanak nangis depan mak. Saya tanak mak nangis. Saya tanak penderitaan mak bertambah.

Tapi, satu perkara yang saya tak boleh nak lupa, bila tangan mak dicucuk oleh doktor dengan jarum besar untuk dimasukkan nutrien/susu dan air serta ubat. Dokot tak bagi mak makan dan minum, sebab doktor nak kosongkan perut untuk buat endoskopi (masuk kamera dalam badan). Badan mak sangat lemah sebab tak makan dan minum. So. doktor perlu masukkan susu/nutrien untuk badan melalui darah. Lepas doktor cucuk mak guna jarum tu, doktor panggil saya suruh tukar baju mak. sebab mak muntah dengan teruknya. Lepas tukar baju mak, saya terkejut tengok lantai yang dibasahi darah. Banyak!! Pekat!! Sedih..Mesti mak sakit. Sedihnya bila tengok mak sakit. Haish..Semoga mak cepat sembuh dan tak perlu melalui perkara ni sekali lagi.


Memang setiap hujung minggu saya dihabiskan dengan menemani mak. Walaupon ini hanya secebis, saya harap dapat balas jasa mak. Sebab tu saya sanggup bersusah. Saya tau, saya ada 2 kakak dan 3 orang adek untuk sama-sama jaga mak. Tapi, saya nak jaga mak dengan tangan saya. Saya nak tengok mak dengan mata kepala saya sendiri. Saya nak pikul tanggungjawab sebagai anak. Saya nak bahagiakan mak...Saya rasa nak nanges sekarang..hahaha~

Hari sudah malam. Saya tengah tunggu mak kat wad. Mak demam teruk. Badan mak sangat panas. Suhu badan mak 40 darjah celcius. Muka mak dah merah. Sedih tengok mak. Saya hanya mampu berdoa dan sedekahkan bacaan ayat suci untuk mak...Semoga mak cepat sembuh.

Tuesday, April 27, 2010

Mode: Insaf

Artis : Afgan
Lagu : Pada-Mu ku bersujud





Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah
Reff:
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

Monday, April 26, 2010

Malang tak berbau

Kadang-kadang, saya rasa saya malang..
Apa yang saya nak, yang saya harap, sukar nak jadi kenyataan...
Ada impian yang dimakbulkan, ada yang tidak.
Apa yang saya tak nak, itu yang saya dapat.
Sejak dari kecil, nasib saya memang macam ni.

Impian yang tercapai:
1) UPSR
2) PMR
3) SPM - saya x ske result saya, padan muka saya sbb byk maen.
4) Nak berehat lama selepas degree dan sebelum mula bekerja.
5) Banyak jugak yang tercapai, tapi da lupa.hahahhaha~

Impian yang TAK tercapai:
1) Lepas upsr - saya nak masuk asrama penuh, tapi dapat masuk mrsm.
2) Lps pmr - nak keluar mrsm, masuk asrama penuh, kene terus study kat mrsm.
3) Matrikulasi - Nak masuk matrikulasi Pahang, dapat matrikulasi Negeri Sembilan.
4) Universiti - Nak masuk UKM, dpt UTM.
5) Nak berhenti kerja di tempat sekarang dan bekerja di tempat lain, tapi saya BELUM dapat offer laen!!!!

Perkara yang ke-5 di atas menyebabkan saya rasa malang.
Saya tau, setiap apa yang ditakdirkan Allah s.w.t dalam hidup saya, mengandungi hikmah yang tak ternilai buat diri saya, yang kesannya akan hanya saya sedari atau nikmati di masa-masa yang akan datang. Sebagai contoh, sekarang saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini- kawan2, kehidupan, pengalaman yang tidak mungkin saya perolehi kalau saya tidak ditakdirkan untuk berada di tempat2 di atas. Mungkin, kalau saya dapat apa yang saya impikan dulu, jalan hidup saya bukan seperti sekarang. Mungkin, masa sekarang saya tidak begini. Maksud saya, saya menghargai kehidupan sekarang dimana saya mempunyai kerjaya dan kehidupan. Mungkin, kalau saya dapat setiap apa yang saya impikan dulu, saya jadi manusia yang sombong, yang bongkak kerana Allah memakbulkan setiap impian hidup saya. Mungkin saya sudah jadi manusia lupa diri. Mungkin...

Saya tahu, "kita merancang dan Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang".
Saya tahu itu. Saya tahu, saya kena akur dengan qada dan qadar-Nya. Saya bukan mempertikaikan nasib saya. TIDAK sekali-kali. Tapi, saya rasa sedih. Sedih sebab saya tidak mendapat sebarang tawaran kerja di tempat lain. Saya sedih, tapi saya tak mahu putus asa. Awak tolong doakan saya ye. Doakan saya dapat apa yang saya nak. Walaupun tidak semua, sedikit pun, jadilah. Doakan saya dapat tawaran bekerja di tempat lain. Terima kasih awak semua..

Buat mereka yang mengalami nasib yang sama seperti saya, saya nak bagi tips untuk merasa gembira. Saya amalkan ini, untuk mengelak diri merasa tertekan dan tidak bersemangat, jauh sekali untuk merasa putus asa. Kalau anda rasa, anda malang seperti saya. Anda hanya perlu fikir, mungkin perkara yang sedang berlaku terhadap anda ketika ini, adalah yang terbaik buat anda. Mungkin ini adalah perancangan terbaik daripada Allah kepada anda, buat masa ini. Namun, jangan lupa untuk berusaha dan bertawakkal untuk mendapatkan apa yang kita nak.

Semoga saya tidak menjadi manusia yang lupa serta tidak tahu mensyukuri nikmat Tuhan.

Tuesday, April 20, 2010

Because you ♥ me

Saya letak lagu ni special untuk mak yang saya sayangi sepenuh hati.
Bila dengar lagu ni, saya mesti ingat mak saya. Tak dengar pon, saya tetap ingat.
Semoga mak dan abah sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat dan rezeki.







Ku bukan Aku by Tilu

Sedang layan lagu ini di opis ;) :


Monday, April 12, 2010

.......

Pukul 10.30 malam tadi baru sampai Damansara.
Pukul 5.30 ptg gerak dari Chini. Mak dah suruh gerak awal, sebab drive sorang2.
Tapi saya degil. Rasa malas nak balik Damansara. Sekarang saya menyesal sebab tak dengar cakap mak. Saya menyesal gerak lambat dan sampai lewat malam sebab pagi ni saya betol2 mengantuk and takde mood nak mengadap kerja-kerja yang banyak ni. haish~

Saya rindu mak saya.
Saya rindu mak dan abah saya.
Saya rindu mak, abah dan adek-beradek saya.huu~

Mak, cepat sembuh ye. Saya doakan mak sembuh dengan segera.

"Ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan buat mak dan abah.
Ya Allah, panjangkan usia kedua ibu bapa saya. Hanya kepada Mu aku memohon.
Rabbana aatina fiddunya hasanaah wa fiil ahiraati hasanaah wa kinaa 'azabannar"

Sunday, April 4, 2010

Makan + Movie

Last week, aku and Hadi planned nak celebrate birthday Lin. We both decided to have dinner at TGIF The Curve. Kami order makanan dengan banyaknya sampai tak larat nak habiskan. Sayang betul makanan yang tak habes tu. Maklum la, masing2 baru lepas habes kerja. Perut, of course la menyanyi lagu hip-hop. Aku plak, mesti la order berdasarkan nafsu lapar aku time tu. Makan appetizer die je da mengenyangkan..Main dishes blom smpi lg. AKu order sepaha ayam. Adoyai..terpaksa x abeskan ayam tu.huhu~

Lepas dinner, kami terus dgn next activity - watching movie. Hadi memang awal2 ajak tengok Clash of the Titans. Aku layan je sbb hero movie ni, aku memang suka.Sam Worthington. Aku suke dia dari lakonan dia dalam Terminator Salvation and Avatar. Movie ni best, even hampir sama dengan Percy Jackson and The lightening thief. Cerita tentang dewa-dewa, kepercayaan Greek. Dua2 pon best sebab dua2 pon kelakar. Tapi Percy Jackson lebih action kot.

Aku hampa sikit dengan ending Clash of the Titan ni. Sebab, film director patut serlahkan kehebatan hero Demi-god nya. Tapi, hero berjaya mengalahkan Kraken- makhluk yang paling ditakuti semua makhluk di dunia dengan hanya menggunakan kepala Medusa yang mempunyai kuasa menukar sesiapa yang melihatnya, menjadi batu. Camtu, Medusa la hero nye. isk..isk..tak dramatik btol ending nya. Sebaek aku ske Sam Worthington ni..Sape yang blom tengok muvie, boley tgk sbb hero nya. Aku bagi muvie ni 3.5 stars sbb muvie ni kelakar. hahaha...

Saturday, March 27, 2010

Hot Air Baloon 2010 at Putrajaya..

Here are some pix that i promised to post out last week. Dun have time to do so on the last few days. So, here they are:



The air baloons



Me n Ina



Me and Ziema



Us



Us again~ hangin around @ Taman Botani, Putrajaya





Keinginan yang membuak-buak..


Saya mau ini!!!



Nokia E72
Adoii!!
Semalam lps kuar opis, aku dan Lin berjalan2 di sekitar One Utama dengan niat untuk survey handphone. Mmg rasa tak tertahankan bile usya henpon dlm keadaan sekarang. Sejak henpon Sony Ericson W80i yang aku beli time final year kt UTM gn duit ptptn tu ilang kt cineleisure lepas tgk movie Avatar, aku pki henpon Nokia ihsan adek aku je. Aku janji kt dia, akan pulangkan semula after 2 month. TP, skrg da msk 3rd month aku pakai henpon dia. Time duit tgh ada, mmg tak sampai hati nak melabur untuk henpon.

Time tade duit tu la aku teringin sangat nak beli henpon. Kalo ikot keadaan kewangan di saat gaji yang tah bila akan masuk ni...mmg Nokia E72 ni je target aku. Aku bkn rajin sgt nk godek2 henpon ni. Aku just nak henpon yg ada GPS beserta voice navigation je. Tu penting! Ssh nk drive area kL and selangor sorg2 tanpa bantuan kemudahan teknologi ni. hihi..*alasan*

Tp, lps jalan2 usya henpon, sambil try2 amek feel pki henpon tu..tibe2 berkenan kt i-phone. Before this, mmg tak berapa berkenan nk beli i-phone even agak jelous tgk semua colleagues pki i-phone. Gile ape, majority kot pki i-phone. Tp, perasaan jealous tu tak boleh nak diikutkan sgt. Aku kene mengukur keinginan ikut ketebalan purse Roxy, hadiah Christmas event dari Bryan Un tu. Isi purse tu, mmg x setebal mane. Sayang plak nk habeskan duit bonus aku bln ni. So, E72 ni je la target aku.

Hari ni nak ajak room-mate g usya henpon lg. Semoga tade pape perkara yang akan mengubah pendirian aku untuk memiliki henpon ni sbb aku tau, aku ni mmg cepat berubah hati mengikut keadaan persekitaran. hahah~ Kalo tak sampai hati nak melabur untuk E72 tu, aku ingat nak sambar Nokia 5800 Ekspress Muzik ni je.hoho~ see..i cannot make up my mind.


Nokia 5800 Express Music

Sunday, March 21, 2010

A tired weekend...

Huhu..Penat, letih.
Sepatotnye, aku menghabiskan cuti hujung minggu dengan aktiviti tidur selama 2 hari berturut2 tanpa henti. Tp, aku terjebak dengan satu unplanned activity iaitu overnite at Zima's house di Bangi. Sepanjang sabtu dan ahad tu, aku dipaksa bangun awal untuk ke Putrajaya. Kat sana ada Festival Belon Udara 2010. Sonok memang sonok. Tapi sangat letih okay..Sepanjang dua hari ni, mmg rasa x cukup tidur. Tak sabar nk tunggu next weekend untuk sambung aktiviti tidur aku yang tergendala. Mmg seronok pegi festival Belon Udara tu even terpaksa bersesak-sesak dengan ramai orang di tengah kepanasan mentari Putarajaya tu. Tapi, yang lebih seronok..I got a chance to meet some new friends, Nurul, Yani, Ina (they said her face like mine and we're just like a twin but...uuu..i don't want to have a twin), Don, Yun, and Apit. Rasa mcm da lama I didn't make new friends. Belon-belon yang terbang kt udara tu pon cantek-cantek. Ada mcm2 bentuk. I'll post the photos at the crime scene later. Need to lay down on my expensive mattress and have some sleep...ngantok.

Friday, March 19, 2010

Ho Yeah !!!

Finally...

Berjaya jugak aku memulakan kerjaya sebagai seorang blogger. hahahhaha ~suke!!
Da lama nk create blog baru after i lost my username and password to log into my old blog..
What a memory!!
Mende cm2 pon tak boley nak ingat ke? ieda..ieda..
Even today i left my office at 9.00 p.m and arrived at 11.00p.m at home, I forced my self to create a new blog. Feel jealous when reading other people's blog but i don't have one.
Walauweh...it's already thirty minutes after 1 a.m and i'm still awake.
Got to stop now or i'll be late for tomorrow.
huarghhh..I need to sleep....
nitezzz...