Tuesday, April 27, 2010

Mode: Insaf

Artis : Afgan
Lagu : Pada-Mu ku bersujud





Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah
Reff:
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

Monday, April 26, 2010

Malang tak berbau

Kadang-kadang, saya rasa saya malang..
Apa yang saya nak, yang saya harap, sukar nak jadi kenyataan...
Ada impian yang dimakbulkan, ada yang tidak.
Apa yang saya tak nak, itu yang saya dapat.
Sejak dari kecil, nasib saya memang macam ni.

Impian yang tercapai:
1) UPSR
2) PMR
3) SPM - saya x ske result saya, padan muka saya sbb byk maen.
4) Nak berehat lama selepas degree dan sebelum mula bekerja.
5) Banyak jugak yang tercapai, tapi da lupa.hahahhaha~

Impian yang TAK tercapai:
1) Lepas upsr - saya nak masuk asrama penuh, tapi dapat masuk mrsm.
2) Lps pmr - nak keluar mrsm, masuk asrama penuh, kene terus study kat mrsm.
3) Matrikulasi - Nak masuk matrikulasi Pahang, dapat matrikulasi Negeri Sembilan.
4) Universiti - Nak masuk UKM, dpt UTM.
5) Nak berhenti kerja di tempat sekarang dan bekerja di tempat lain, tapi saya BELUM dapat offer laen!!!!

Perkara yang ke-5 di atas menyebabkan saya rasa malang.
Saya tau, setiap apa yang ditakdirkan Allah s.w.t dalam hidup saya, mengandungi hikmah yang tak ternilai buat diri saya, yang kesannya akan hanya saya sedari atau nikmati di masa-masa yang akan datang. Sebagai contoh, sekarang saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini- kawan2, kehidupan, pengalaman yang tidak mungkin saya perolehi kalau saya tidak ditakdirkan untuk berada di tempat2 di atas. Mungkin, kalau saya dapat apa yang saya impikan dulu, jalan hidup saya bukan seperti sekarang. Mungkin, masa sekarang saya tidak begini. Maksud saya, saya menghargai kehidupan sekarang dimana saya mempunyai kerjaya dan kehidupan. Mungkin, kalau saya dapat setiap apa yang saya impikan dulu, saya jadi manusia yang sombong, yang bongkak kerana Allah memakbulkan setiap impian hidup saya. Mungkin saya sudah jadi manusia lupa diri. Mungkin...

Saya tahu, "kita merancang dan Allah juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang".
Saya tahu itu. Saya tahu, saya kena akur dengan qada dan qadar-Nya. Saya bukan mempertikaikan nasib saya. TIDAK sekali-kali. Tapi, saya rasa sedih. Sedih sebab saya tidak mendapat sebarang tawaran kerja di tempat lain. Saya sedih, tapi saya tak mahu putus asa. Awak tolong doakan saya ye. Doakan saya dapat apa yang saya nak. Walaupun tidak semua, sedikit pun, jadilah. Doakan saya dapat tawaran bekerja di tempat lain. Terima kasih awak semua..

Buat mereka yang mengalami nasib yang sama seperti saya, saya nak bagi tips untuk merasa gembira. Saya amalkan ini, untuk mengelak diri merasa tertekan dan tidak bersemangat, jauh sekali untuk merasa putus asa. Kalau anda rasa, anda malang seperti saya. Anda hanya perlu fikir, mungkin perkara yang sedang berlaku terhadap anda ketika ini, adalah yang terbaik buat anda. Mungkin ini adalah perancangan terbaik daripada Allah kepada anda, buat masa ini. Namun, jangan lupa untuk berusaha dan bertawakkal untuk mendapatkan apa yang kita nak.

Semoga saya tidak menjadi manusia yang lupa serta tidak tahu mensyukuri nikmat Tuhan.

Tuesday, April 20, 2010

Because you ♥ me

Saya letak lagu ni special untuk mak yang saya sayangi sepenuh hati.
Bila dengar lagu ni, saya mesti ingat mak saya. Tak dengar pon, saya tetap ingat.
Semoga mak dan abah sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat dan rezeki.







Ku bukan Aku by Tilu

Sedang layan lagu ini di opis ;) :


Monday, April 12, 2010

.......

Pukul 10.30 malam tadi baru sampai Damansara.
Pukul 5.30 ptg gerak dari Chini. Mak dah suruh gerak awal, sebab drive sorang2.
Tapi saya degil. Rasa malas nak balik Damansara. Sekarang saya menyesal sebab tak dengar cakap mak. Saya menyesal gerak lambat dan sampai lewat malam sebab pagi ni saya betol2 mengantuk and takde mood nak mengadap kerja-kerja yang banyak ni. haish~

Saya rindu mak saya.
Saya rindu mak dan abah saya.
Saya rindu mak, abah dan adek-beradek saya.huu~

Mak, cepat sembuh ye. Saya doakan mak sembuh dengan segera.

"Ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan buat mak dan abah.
Ya Allah, panjangkan usia kedua ibu bapa saya. Hanya kepada Mu aku memohon.
Rabbana aatina fiddunya hasanaah wa fiil ahiraati hasanaah wa kinaa 'azabannar"

Sunday, April 4, 2010

Makan + Movie

Last week, aku and Hadi planned nak celebrate birthday Lin. We both decided to have dinner at TGIF The Curve. Kami order makanan dengan banyaknya sampai tak larat nak habiskan. Sayang betul makanan yang tak habes tu. Maklum la, masing2 baru lepas habes kerja. Perut, of course la menyanyi lagu hip-hop. Aku plak, mesti la order berdasarkan nafsu lapar aku time tu. Makan appetizer die je da mengenyangkan..Main dishes blom smpi lg. AKu order sepaha ayam. Adoyai..terpaksa x abeskan ayam tu.huhu~

Lepas dinner, kami terus dgn next activity - watching movie. Hadi memang awal2 ajak tengok Clash of the Titans. Aku layan je sbb hero movie ni, aku memang suka.Sam Worthington. Aku suke dia dari lakonan dia dalam Terminator Salvation and Avatar. Movie ni best, even hampir sama dengan Percy Jackson and The lightening thief. Cerita tentang dewa-dewa, kepercayaan Greek. Dua2 pon best sebab dua2 pon kelakar. Tapi Percy Jackson lebih action kot.

Aku hampa sikit dengan ending Clash of the Titan ni. Sebab, film director patut serlahkan kehebatan hero Demi-god nya. Tapi, hero berjaya mengalahkan Kraken- makhluk yang paling ditakuti semua makhluk di dunia dengan hanya menggunakan kepala Medusa yang mempunyai kuasa menukar sesiapa yang melihatnya, menjadi batu. Camtu, Medusa la hero nye. isk..isk..tak dramatik btol ending nya. Sebaek aku ske Sam Worthington ni..Sape yang blom tengok muvie, boley tgk sbb hero nya. Aku bagi muvie ni 3.5 stars sbb muvie ni kelakar. hahaha...