Saturday, August 21, 2010

Strong!




"A strong person knows how to keep their life in order.
Even with tears in their eyes, they still manage to say ' I'm okay ' with a smile."


Perlu ke?

Dah lama saya tak update blog ni.
Macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup saya sejak kebelakangan ini.
Saya masih rasa kelam-kabut. Rasa sukar nak mengatur hidup.

10 Julai 2010 - Saya kehilangan insan yang paling saya sayang, paling rapat dalam hidup saya.

Bila baca balik entri-entri lama dalam blog ni, saya jadi sedih.
Banyak yang berkaitan dengan insan istimewa tu...mak.
Perlu ke saya delete semua entri berkaitan mak?
Kalau dibiarkan, saya sedih bile baca dan mula ingat detik-detik mak mula sakit.
Sedih kalau nak di ingat. Tapi, saya tak nak lupe kenangan tu...

Rindu..rindu...rindu...

Thursday, June 17, 2010

Tik..tik..tik..waktu berdetik

Lagi 8 minit, saya boleh kemas barang.
Sangat lapar. Saya berpuasa hari ini. (Ganti + Sunat Rejab)
Nak berbuka dengan menu ape ye? *thinking*

Selamat berbuka kepoda mereka yang berpuasa sunat dan insan2 lain yang baru nak ganti puasa macam saya...hihi =)

Hari ini

Nak tau ape yang saya buat hari ini?

1) Saya masuk ofis pukul 9.10 pagi. Tapi baru ada 3 orang kt P&T.
2) Saya masuk ofis dan bukak facebook.
3) Saya hantar daily task yang terlupa nak hantar semalam.
4) Email dari HR masuk, manager saya MC hari ni...hheehee. i loike~
5) Saya bukak synergy nak tengok kerja ape yang kne buat hari ni.
6) Ada satu isu dari KFC. Kene explain pada manager masalah tentang isu terbabit.
7) Saya buat isu sambil baca blog-blog di internet.
8) Lunch hour, sambung baca blog sambil siapkan isu untuk KFC.
9) Saya closed web browser sebab tak dapat nak focus kerja.
10) Saya prepare feedback form untuk customer Murphy Oil Sarawak. OMG, it took me 3 hours to finish investigated the issue and prepared the feedback form. Sungguh perlahan, bukan lembap!
11) Murphy Oil and KFC done. Whats next?
12) Sekarang sudah pukul 5.54 p.m, tapi saya belum boleh balik lagi. Ari ni kne stay sampai 6.10p.m sebab nak imbang duga balik waktu kerja saya. (Sebenarnye, saya tak peduli pon =P)
13) Saya baru nak buat connection profile untuk company SSM. Kunun2, nak start investigate EC form issue, tapi saya kembali berblogging. Apa nak jadi dengan saya?

Kalau dapat post entri, rasa mcm nak post banyak entri satu hari. Kalau datang aura bz wumeng, memang bersawang la blog ni...huuu~

Di pejabat

Saya sedang di pejabat sekarang.
Rakan seagama di department saya - Lin sedang menghabiskan cuti tahunan beliau sekarang.
Jadi, bermula hari ini sehingga esok, i'm the only Malay + Muslim girl here, in Product and Technology Department.
Owh, baru saya perasan. Memang ada dua gadis saja di jabatan ini.
Ada lagi dua orang yang lain tapi saya rasa mereka bukan gadis lagi. hahaha~
Owh, saya perlu pulang awal nampaknya.
Bukannya saya menuduh mereka cuba melakukan sesuatu terhadap gadis seperti saya. Cuma, saya memang mahu pulang awal. Perasaan malas untuk melakukan kerja sedang menguasai diri. Walaupun masih ada kerja yang perlu disiapkan, saya sedang berlengah-lengah melakukannya. Lagipun, hari ini saya berpuasa jadi tak perlu keluar lunch. Kerja yang saya sedang siapkan ni pun, kelihatan mudah. Eh, memang mudah. Cuma saya rasa 'chuak' bila nak release ke Consultant. Takut ter 'miss out anything' or saya 'careless' ketika menguji nye. Tambahan pula, sekarang saya sedang asyik membaca blog-blog blogger lain di internet. Saya asyik ketawa membaca entry-entry di blog si jebon ni. hahaha~ kalau tiba-tiba kedengaran bunyi kerusi patah, adakah bermaksud saya di baling dengan kerusi oleh rakan sekerja kerana disyaki gila akibat ketawa seorang diri di depan laptop? Owh, harap tidak.
Saya memang tade idea nak update blog, tapi ia perlu di update supaya tidak kelihatan bersawang. Okey, perlu kembali membaca blog lain sebelum lunch hour tamat dan rakan sekerja lain masuk menyambung kerja.

Sunday, June 6, 2010

Alhamdulillah..

Saya baru pulang dari hospital...
sangat penat seharian di sana.
doctor ckp, mak maybe dah boley keluar next week.
mak da boley makan secara normal.
so, kalo keadaan mak bertambah baek, mak boley keluar.
yeay!!
semoga mak cepat kuar.
mak nampak sedey, nmpk macam asek ingat rumah, asek termenung walopon dikelilingi semua anak2.
saya tak berani nak tanye, takot mak sedey, takot mak nanges.

"Mak, mak kene kuat. Kene kuat untuk kesihatan mak. Kene kuat untuk anak2 mak. Mak kne kuat untuk abah. Mak kene kuat hadapi dugaan ni. Saya sayang mak."

Friday, May 14, 2010

Mak~ Saya Sayang Mak...

Urm, da lama saya tak post entri baru kat blog ni.
Rasa macam nak tulis macam-macam kt sini, tapi tak berkesempatan.
Mak saya masuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari 29 April 2010 yang lalu. Sejak dari hari tu, memang hari-hari saya berulang-alik dari Damansara ke KL. Memang penat, tapi kalau sehari tak ke hospital, hati saya tak tenang. Siang bekerja, malam berjaga. Tapi, saya puas dapat jaga mak, dapat tengok keadaan mak. Bila tengok mak sakit, diri rasa begitu teruk... (*_*)"

Rasa macam nak panggil Doraemon, mintak alat undur masa. Rasa macam tamo bagi mak sakit. Sian mak. Macam-macam doktor buat. Setiap masa ambil darah, cucuk sana, cucuk sini. Bila tanye, "Sakit ke mak?". Mak ckp,"tak sakit. dah biasa dah..". Rasa nak menitik air mata. Tapi, saya tanak nangis depan mak. Saya tanak mak nangis. Saya tanak penderitaan mak bertambah.

Tapi, satu perkara yang saya tak boleh nak lupa, bila tangan mak dicucuk oleh doktor dengan jarum besar untuk dimasukkan nutrien/susu dan air serta ubat. Dokot tak bagi mak makan dan minum, sebab doktor nak kosongkan perut untuk buat endoskopi (masuk kamera dalam badan). Badan mak sangat lemah sebab tak makan dan minum. So. doktor perlu masukkan susu/nutrien untuk badan melalui darah. Lepas doktor cucuk mak guna jarum tu, doktor panggil saya suruh tukar baju mak. sebab mak muntah dengan teruknya. Lepas tukar baju mak, saya terkejut tengok lantai yang dibasahi darah. Banyak!! Pekat!! Sedih..Mesti mak sakit. Sedihnya bila tengok mak sakit. Haish..Semoga mak cepat sembuh dan tak perlu melalui perkara ni sekali lagi.


Memang setiap hujung minggu saya dihabiskan dengan menemani mak. Walaupon ini hanya secebis, saya harap dapat balas jasa mak. Sebab tu saya sanggup bersusah. Saya tau, saya ada 2 kakak dan 3 orang adek untuk sama-sama jaga mak. Tapi, saya nak jaga mak dengan tangan saya. Saya nak tengok mak dengan mata kepala saya sendiri. Saya nak pikul tanggungjawab sebagai anak. Saya nak bahagiakan mak...Saya rasa nak nanges sekarang..hahaha~

Hari sudah malam. Saya tengah tunggu mak kat wad. Mak demam teruk. Badan mak sangat panas. Suhu badan mak 40 darjah celcius. Muka mak dah merah. Sedih tengok mak. Saya hanya mampu berdoa dan sedekahkan bacaan ayat suci untuk mak...Semoga mak cepat sembuh.