Monday, October 11, 2010

Moving out..

Saya bakal berpindah..
Saya bakal memulakan hidup baru.
Ewah~Gedik!!

Saya nak balik kampung.
Ho yeay!!

Separuh barang sudah diangkut pulang.
Tinggal lagi separuh.
Ape nak buat lepas ni?
Malas nak fikir lagi.
Saya nak balik dan merehatkan diri sepuas-puasnya.
Sebelum saya mengatur langkah baru.
Doakan saya berjaya dalam langkah seterusnya..

Tak suke!!!

Saya tak suka blog saya ni.
Saya jeles tengok blog org laen santek-santek.
Blog saya ni, comot!!
Kenape blog orang lain cantek?
Kenape blog saya comot?

Okey, saya tau jawapannya..
Tolong jangan jawab!

Terima kasih kepada sape-sape yang terjawab soklan tu secara spontan.
Saya rasa nak edit entri-entri lama, kasik cantik.
Saje je nak edit biar cantik.
Sebab saya suka baca catatan lama.
Macam buat revision.
Macam belajar subjek Sejarah.
Owh, saya suka subjek sejarah.
Tapi tak suke cikgu sejarah.
Tapi tade masa lagi nak buat perkara-perkara karut tu sekarang.
Tunggu saya menganggur nanti. Pasti saya ada banyak masa.
yeszaa..!!

Friday, September 17, 2010

Jiwa Kacau..

Syawal ke-8 2010

Terasing di ofis.
Jiwa kacau memikirkan mereka-mereka di kampung halaman.
Serasa ingin terbang pulang, menyertai mereka.

Hati gundah, lantas saya melayan lagu di bawah untuk meningkatkan kadar kecelaruan emosi
ke tahap yang lebih serius.

Sila join dengar lagu ini.













Wednesday, September 8, 2010

Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua...
(kaler biru sebab ni kaler baju raya saya taun ni =P)

Saya masih di ofis.
Esok petang, selepas kerja baru bergerak pulang ke kampung halaman.
Nak balik!!!!
uwaa..uwaa..

Friday, September 3, 2010

Beza..


Awak tau tak beza antara 'Guest' dengan 'Guess'?
Kalau tak tau, meh sini saya bagitau.
Perbezaan:

1) Ejaan -
Rujuk ejaan yang tertera di atas
2) Maksud/makna -
Guest: Tetamu @ Insan yang datang secara diundang atau tidak diundang.
Guess: Jenama bagi koleksi fesyen bagi wanita, lelaki mahupun kanak-kanak.

p/s: Makna bagi perkataan di atas bukan lah dirujuk dari mana-mana enjin carian atau kamus dewan bahasa dan pustaka.
Ianya adalah hasil nukilan penulis mengikut tahap kefahaman beliau.

Kenapa saya tibe2 membangkitkan perbezaan bagi dua perkataan di atas?
Haila..
Kisah nye begini..

Semalam, one of my collegues suruh saya akses server yang tak pernah saya akses sebelum ni.
Saya namakan si dia sebagai H (nama sebenar).

......
H : "You try to log into ModelDB database. Do you have ModelDB in your local?"
The Writer: "No, don't have".
H : "Do you know what is the server name?"
The Writer: "Urm, don't know." (Huhu..)
H : "V, what is the server name for ModelDB database?" (Owh, sebaek dia pon tatau macam aku.)
V : "my138db**..."
H : "Okay, you try to log into the server and check for ModelDB database".
The Writer: "Okay. What is the server name again?"
H : my138db**..

Saya memang tak brape dengar nama penuh server tu.
Tapi, sebab H dan V dah sebut nama server tu 3 kali, lantas dengan machonye saya login server tu guna MSSQL2005 yang wujud kat local saya.
Tapi, bile bukak je MSSQL2005, dan saya kene key in server name, saya terus type 'my138db..'

The Writer: my138db what?
H : dbcr (Ini yang saya dengar H sebut)
The Writer: dbcr?
H : dbsr
The Writer: blurrr...isk, takkan dbcr. dbcr stand for database change request.

Tanpa segan silu, saya terus taip my138dbcr.

The Writer: "dbcr? dbsr?"
H : "my138dbsr"
The Writer: "Owh...hehe" (gelak kaver malu sebab mengalami masalah pendengaran yang tanpa diundang).
Naseb baek, H sabar melayan karenah pendengaran saya yang kurang jelas ni.

Lepas berjaya menemui server name yang betol, saya perlu masukkan username dan password pulak.

H : "V, What is the username and password for the server?"
V : "Guest for username and password"

Saya pon memasukkan username dan password yang di dengar. Pada logik saya, pastilah username dan password nye bermaksud tetamu.
Tapi, saya tanpa sengaja telah memalukan diri dengan memasukkan ejaan 'Guess'.
Kompem lah x boleh nak login.
H dengan segera menilik ejaan saya lantas membetulkan...

H : "Aiyaa..G.U.E.S.T, not GUESS. GUESS is hahahahahahahhahahaha"

Kuang ajo. Dia gelakkan aku tanpa segan silu.
Haila...rasa nak toreh muka dengan kesilapan tersebut.
H gelakkan saya sampai merah-merah muka dia.
Saya pon rasa muka saya memang panas.
Nape lah saya boleh salah eja?
Mesti H bajet, saya ni da lama mengidam nak beli barangan berjenama GUESS..
Hoila..hoila..
Malu yang tak tertahankan sebab kene gelak. Kompem si V dengan KS tau perihal kejadian ni.
Isk..isk..


Soklan: Betol ke, bile kite rabun, pendengaran kite turut terganggu?

Sejak pakai spek ni, saya rasa saya kurang mendengar. Tambah2 di bulan puasa ni. Rasa macam bunyi perut tu bergema sehingga menggangu pendengaran. Ada ke?

p/s: hari ini ada sale kt Uptown 5, Tower A.
Moh kite beramai-ramai...






Thursday, August 26, 2010

Keterujaan Yang Terbatas

Saya mintak maaf sebab buat cerita karut...
Saya tak jadi cuti dr jumaat sampai selasa.

Maaf buat mereka yang telah berasa cemburu di atas cerita karut yang tidak benar tersebut.

I just cancelled my leave on this coming 30th August 2010..
Uwaa..uwaa...
Baru je eksaited sebab kunun2 dapat cuti panjang.

So, I'll be going back to hometown from Friday 26th to Sunday
29th ONLY.

Nape saya kensel cuti saya?

Sebab, my annual leave hanya berbaki 1 hari saje..
Diulangi...1 hari.

And after discussed with Lin and Nana thru skype-ing and text messaging with my eldest sister,
I decided to save the one and only leave balance for my hari raya.

Woo..susah tau nak buat decision tentang perkara yang berkaitan dengan cuti a.k.a bebas dari bekerja ni.
Sebaek ada kepala-kepala mereka ni untuk bersama-sama mencari kaedah penyelesaian masalah berkaitan cuti yang hanya berbaki 1 hari...
DIULANGI LAGI.. 1 hari.
Kakak-kakak ku sudah bising sebab saya tak apply cuti sebelum raya.
Ini kerana, mereka akan kekurangan sumber tenaga untuk gotong-royong memasak and all hari raya preparation.


haila...
Baru berhajat nak gi anta adek-adek balik asrama diorang ahad nanti.
Tengok la camne...


Okay, mari kita lihat antara wajah-wajah mereka yang dirindui...


Muka sendiri boley ke include?
Kire halal la..ni je gambar yang sempat di jumpai time tengah bizi kt opis tapi busan nak ngadap keje..
So, I took this oppurtunity and curi tulang to update my blog.
hahah..


Wednesday, August 25, 2010

Teruja

Teruja?
Ohh, sangat tak sabar!

Esok saya mahu pulang ke kampung halaman.

Hampir dua minggu tak balik kampung.

Rindu...rindu suasana kampung.
Rindu...rindu nak jumpa abah, kakak-kakak dan adek-adek.
Rindu...nak lawat kubur mak.

Semoga mak bahagia di 'sana'.

Esok, lepas kerja harus bertolak pulang.

Macam biasa, saya drive sengsorang.

Semoga perjalanan pergi dan pulang saya, dirahmati Allah.

Semoga selamat sampai.

Tak tahu kenapa, kali ini memang rasa tak sabar nak balik.
Yeay..saya cuti sampai selasa.

Hujung minggu + Nuzul Quran + Hari Merdeka

Selamat menyambut kemerdekaan ke- 53 Malaysia!!!!