Tibe-tibe aku tertanya-tanya soklan ni kat diri sendiri..
Takpe ke kalo aku suke hati letak link blog orang laen kat ruangan 'Layan' dalam blog aku ni?
Kalo tuan punye blog tu tau tentang perbuatan aku ni terhadap blog diorang, diorang bengang tak agak-agak?
Yelah, da la aku letak link blog diorang kat blog aku..
pulak tu, aku tak follow blog diorang pulak tu...huhu~
Kepada mereka yang terlibat, aku mintak mahap kalo mereka marah.
Sebenarnya, ada sebab aku buat camtu..eheh~
Berikut merupakan lima alasan sebab aku letak blog diorang kat sini, tapi tak jadi follower diorang:
1. Aku SUKE baca blog dorang. (bukan nak bodek @ ampu mereka yang blog nye tersenarai pada ruangan 'Layan...'. This is fact!)
2. Aku malu la nak jadi pengikut tegar diorang. *merah pipi menahan maloo*
3. Aku letak blog diorang, sebab senang nak tau kalau ada latest entries.
4. Aku tamo la diorang tau aku pernah singgah kat blog diorang, nanti diorang nak singgah kat blog aku balik. <-- penyebab ni hanya untuk mereka yang nak singgah balik. yang tamo singgah boley abaikan sebab ke-4 ni. =="
5. Aku created blog ni sebagai tempat untuk curahkan emosi tak stabil dan perasaan bengang + tak puas hati + maloo tak tertanggung + dsb + untuk 3 orang kawan sejoyah + sekiah + sebedah (you know who you are..) untuk baca, ngedog dan kutuk balik segala hasil tlesan aku. Mereka yang bukan bernama Joyah, Kiah dan Bedah, tapi maseh mahu membaca entry-entry kat blog ni, aku masih alu-alukan sambil merasa 'awak nak baca belog saya, bacalah, tade pape yang menarik pon..' *hikhik, saya maloo ni*. gedik kan kau!
Okey, cukup la 5 sebab tu. Malas ah nak pikir banyak-banyak.
Aku kan tengah fasa malas sekarang. So, mane boley buat-buat rajin.
Nanti terkeluar fasa malas, ape plak nak jadik dengan diri aku nanti.
Nak layan movie 'Jumper' plak!
Sebelum tu, tibe-tibe aku rasa nak letak gambo aku dan kawan2 yang aku rindui kat entry ni.
Hamek kau..
Ina, Zima and aku during our visit to South Johore.
Buat kawan-kawan laen yang aku tak letak gambarnya kat entry ni,
tak bermakna aku tak rindu korang.
Aku letak korang kat hati aku..*muntah*
Hahaha..amacam? Kau rasa terharu tak bile tau kau ada kat hati aku?
*ok, boley sambung muntah dalam baldi kalo nak*
Ah, nak layan muvie ah. Bye!
Nota kaki: Baru lepas layan 'Supernatural'. Apsal aku rasa Dean tu kiut? Kau rasa tak?

oih...si bedah merindui kau..hehe..
ReplyDeletelame x mendengau kabau berita....huhu