Wednesday, January 19, 2011

Takpe ke weh??

Tibe-tibe aku tertanya-tanya soklan ni kat diri sendiri..

Takpe ke kalo aku suke hati letak link blog orang laen kat ruangan 'Layan' dalam blog aku ni?
Kalo tuan punye blog tu tau tentang perbuatan aku ni terhadap blog diorang, diorang bengang tak agak-agak?
Yelah, da la aku letak link blog diorang kat blog aku..
pulak tu, aku tak follow blog diorang pulak tu...huhu~

Kepada mereka yang terlibat, aku mintak mahap kalo mereka marah.
Sebenarnya, ada sebab aku buat camtu..eheh~
Berikut merupakan lima alasan sebab aku letak blog diorang kat sini, tapi tak jadi follower diorang:


1. Aku SUKE baca blog dorang. (bukan nak bodek @ ampu mereka yang blog nye tersenarai pada ruangan 'Layan...'. This is fact!)


2. Aku malu la nak jadi pengikut tegar diorang. *merah pipi menahan maloo*


3. Aku letak blog diorang, sebab senang nak tau kalau ada latest entries.


4. Aku tamo la diorang tau aku pernah singgah kat blog diorang, nanti diorang nak singgah kat blog aku balik. <-- penyebab ni hanya untuk mereka yang nak singgah balik. yang tamo singgah boley abaikan sebab ke-4 ni. =="


5. Aku created blog ni sebagai tempat untuk curahkan emosi tak stabil dan perasaan bengang + tak puas hati + maloo tak tertanggung + dsb + untuk 3 orang kawan sejoyah + sekiah + sebedah (you know who you are..) untuk baca, ngedog dan kutuk balik segala hasil tlesan aku. Mereka yang bukan bernama Joyah, Kiah dan Bedah, tapi maseh mahu membaca entry-entry kat blog ni, aku masih alu-alukan sambil merasa 'awak nak baca belog saya, bacalah, tade pape yang menarik pon..' *hikhik, saya maloo ni*. gedik kan kau!


Okey, cukup la 5 sebab tu. Malas ah nak pikir banyak-banyak.
Aku kan tengah fasa malas sekarang. So, mane boley buat-buat rajin. 
Nanti terkeluar fasa malas, ape plak nak jadik dengan diri aku nanti.
Nak layan movie 'Jumper' plak!

Sebelum tu, tibe-tibe aku rasa nak letak gambo aku dan kawan2 yang aku rindui kat entry ni.
Hamek kau..

Ina, Zima and aku during our visit to South Johore.

Buat kawan-kawan laen yang aku tak letak gambarnya kat entry ni, 
tak bermakna aku tak rindu korang.
Aku letak korang kat hati aku..*muntah*
Hahaha..amacam? Kau rasa terharu tak bile tau kau ada kat hati aku?
*ok, boley sambung muntah dalam baldi kalo nak*

Ah, nak layan muvie ah. Bye!




Nota kaki: Baru lepas layan 'Supernatural'. Apsal aku rasa Dean tu kiut? Kau rasa tak?



Monday, January 17, 2011

Risik-risik....

Ahad, 16 Januari 2011

Hari ni birthday abang ipar rupenye.
Da wished da ptg td. Tu pon sebab aku kol die, suh die call back.
Celcom bagi free call and message kot. Kene la amek kesempatan.
Aku suh die kol, sebab nak gosip. hahah~
Gile kentang sorg2 kat umah tade tempat mengadu.
Lepas dpt gosip, tibe2 rasa menggelupur sorg2.
Tatau nak share ngan sape..
Kol Imah(akak yang sulung), tapi network busy. Terus kol nombor abang ipar.
Panas gile muke sebab kena simpan gosip sorg2.
hohoho...
Ape gosip?
Untuk mengetahui gosip, sila ikuti kisah di bawah.

Jam di dinding menunjukkan pukul 8malam.
Abah tengah bersiap-siap untuk solat Isyak di masjid.
Abah: "Petang semalam, Tok Imam tanye abah pasal Ella (kakak ke-2)."
Aku yang tengah leka mengunyah buah epal sambil menonton berita TV9, terus terkedu. Taktau nak respon hal-hal orang dewasa dengan abah.
Me : "Tanye ape?", soal ku sambil kaver sengih sebab rasa klako.
Abah: "Tok Imam ckp, ade orang dari Panching tanyekan pasal Ella. Abah tak reti nak cakap macam mane. Tatau Ella da ada kawan ke belom."
Me: "Orang pon tatau dia da ada kawan ke belom. Cuba abah bincang dengan Imah ngan Zairi(abang ipar). Diorang tau kot."

Memang aku tatau nak cakap camne ngan abah. Tu je idea yang muncul time tengah kunyah buah epal tadi. Lagipon, memang aku tak amek tau perkembangan hubungan makhluk berlainan jantina adek-badek aku yang lain. Setakat tau, tapi tak mengikuti perkembangan terkini mereka. Sebelum ni, memang tau Ella ada kawan ngan mane2 insan. Tapi, tatau latest update from her.

Me: "Abah kenal ke orang yang tanye Tok Imam tu? Dia kenal abah? Kenal Ella?"
Abah: "Abah tak kenal. Dia suruh Tok Imam carikan. Tu yang Tok Imam cari abah, tanyakan Ella."
Me: "Owh.. Budak nye duduk mane? Keje?"
Abah: "Mak ayah nye kat Panching. Anaknye keje Penang. Tok Imam suruh abah cepat2 sket. Jangan lambat sangat bagi jawapan", jawab abah sambil melangkah keluar pintu.
Me: "Jaohnye Penang.."

Tu lah kisahnya...
Lepas abah gerak gi masjid, aku terus terkedu, pikir. Nak bagitau Imah or senyap2 je? Or tunggu abah sendiri yang bincang hal ni ngan Imah? Aku rasa, sebagai kakak sulung, dia berkuasa memikirkan yang terbaik untuk adek2 nya.

Namun, tanpa berpikir dua kali, aku terus kol dia. Sharing is Loving kata..
Macam tak percaya plak, tibe2 ada orang tanyakan pasal adek beradek kami.
hahaha~ rasa macam mau gelak kuat2. Tapi, itulah kenyataannya. Dah besar da kami ni rupanya.
Lepas berjaya kol Imah, aku terus cite kat dia, sambil gelak besar..

Pikir punye pikir, macam kesian plak kat abah.
Mesti abah pening pikir hal ni sorang2. Sebelom ni, kalo ada mak, memang abah akan bincang pape hal. And sume perkara pon, abah takkan direct cakap kat kami adek-badek. Abah akan sampaikan melalui mak. Tapi sekarang, mesti abah pun tak caya kena cite perkara2 camni kat aku yang ngeng ni.
hohoho..sian sungguh!

Aku tatau, ape jawapan abah kat Tok Imam. Mesti abah tengah pening dalam hati.
Sebaek bukan aku insan yang ditanyakan. Kalo abah tanya direct kat aku, hal cmni...
Mau aku tak kuar bilik, 3 hari 3 malam. Maloo dowh..
Isk~

Nota kaki: Rupanya, ni la perkara yang cuba abah sorokkan dari aku petang sabtu tu. Sampai gagap2 mencari alasan. Sebaek bukan anasir buruk yang cuba mempengaruhi minda aku semalam yang berlaku. Alhamdulillah..


Suatu petang yang hening...

15 Januari 2011, petang...

Abah tengah mandi.
Tibe2, ada satu nombor asing naek kat skrin henpon abah.
Aku kuries. 'Sapekah?'
Ingat nak biarkan je panggilan tu tak berjawab. Tapi, nanti mula lah abah tanye aku, nombor sape.
Mane la aku nak tau nombor sape..
Dah lama sangat pikir, sambil membiarkan si pemanggil tertunggu2, lantas aku terus tekan butang ijau.

"Hello. Sape ni?", soal aku tanpa adab menjawab talipon. Tak sempat2 nak bagi salam, terus terjah tanye sape yang kol.
"Hallo. Ni nombor Samsudin ka?", soal si pemanggil dalam loghat Banjar yang kurang aku pahami.
"Haah, ni nombor Samsudin. Tapi, abah tengah mandi. Sape ni eh?", soal aku dalam nada kebudak-budakan. *kunun2 suara sang anak*
"Ni Pak Imam ni. Saja ja Pak Imam talipon. Nak tanya abah. Ingatkan abah saurang di rumah", balas Tok Imam. (Pangkat Pak dengan Abah, dengan aku mestilah pangkat Tok)
"Ni siapa ni? Ada bulikan kan anak2 nya?", soal Tok Imam ramah.
"Err..ni Ieda, yang nombor 3. Saya memang ada kat rumah. Hidayah pon ada ni. Balik hujung minggu. Bertiga la kat umah ngan abah", jawab aku ragu2. Kenal ke Tok Imam ni, ngan kami kalo aku cite? Maklum la, 6 beradik. Perempuan semua plak tu. Sume plak dok asrama. Jarang dok rumah. Tapi, orang da tanye, takkan tak jawab.
"Owh, saja Pak Imam cari abah mu. Nak tanya kabar. Hah, takpalah. Assalamualaikum.."
"Owh, ok. Waalaikummussalam", balas aku sambil menekan butang merah dan memandang Hidayah.

"Weh, Tok Imam tepon. Siap borak2 panjang lebar. Macam pelik je beramah mesra ngan Tok Imam", terang aku pada Hidayah.
Hidayah buat muka rilek. Mentang2 dia tak kena borak ngan Tok Imam tadi.
"Weh, pelik lah..Pelik rasa bile borak mesra ngn Tok Imam.Apsal eh?", terang aku lagi.

Mesti la aneh rasa dia weh. Dah lama kot aku tak beborak ngan Imam yang paling disegani di kampung aku ni. Pastu pulak, aku lupe nak bagi salam time jawab tepon abah tadi. Malu abah kat Tok Imam ada anak tak senonoh macam aku ni.

Lepas abah sudah mandi, terus aku bagitau abah pasal panggilan Tok Imam tadi. Aku suruh abah kol balik Tok Imam tu. Kot2 la ada hal penting, yang Tok Imam nak cakapkan. Even dia x pesan pon, suh abah kol smula. Gaya borak, macam memang nak borak ngn aku je, nak tanye kaba abah. huhu~

Lepas abah kol Tok Imam dan berborak dalam loghat banjar, aku tengok abah bersiap2. Terus aku tanye abah, "abah nak gi mane? nak gi kedai ke? beli makanan kucing ngn bawang merah bah. Da nak abes. Sian kucing tu, seharian puasa."

Abah jawab, abah nk gi jumpa Tok Imam, ada hal nak bincang. Sambil bersiap2, abah tertanya2. Abah pelik sebab jarang Tok Imam ajak bincang.
Aku terus rasa pelik. Terus bisikan2 jahat mengacau minda aku.
Bincang? Apahal? Tok Imam nak kenenkan abah ngan sape2 ke?
Isk, aku tamo mak baru.
Plis deh!!
---------------------------------------------------------------------------------------
Pukul 7, abah sampai umah. Sambil bersiap2 untuk maghrib, aku tanye abah, nape Tok Imam cari abah? Lambat2, abah jawab sambil tergagap2 yang Tok Imam cakap pasal kaki dia yang sakit. Aku pelik. Apsal cakap pasal kaki sakit kat abah. Abah bukan pandai mengurut pon.
Nampak abah macam tamo cite, aku tak tanye banyak. Lagipon, mata abah nampak merah.

Aku syak, dorg bincang perkara berkaitan Arwah Mak.
Isk, jangan lah Tok Imam cuba kenen2kan abah ngan sape2. Aku xlah terima lagi stakat ni...
Haila~

Saturday, January 15, 2011

Kemaskini

Huhu...

Baru je lepas hapdet blog ku.
Baru la nyaman sket mata aku ni nak mengadap blog ni.
Sebelum ni, blog ni asek kene kutuk ngan cik stroberi.
Dulu aku letak layout kaler biru navy, die cakap macam abang tentera laut, sang perajurit..
Pastu tukar ujan rintik2, die cakap blog aku tengah musim ujan.
Sebab givap ngan kata2 kutukan orang, aku letak kaler itam itu menawan plak.
Lagi die cakap blog aku legap semacam.
Tadi lepas amek adek kt simpang mesjid(die blk overnite outing), terus dalam pikiran nak suh die mekap blog ni bagi menawan sket.
Siap cursor busur kaler ijau epal lagi. Kau ada? hahahaha <-- gelak keji
Siap lagu korea lagi aku bagi. Bukan takat buat ringtone, aku letak kat blog lagi lagu feveret aku ni cik stoberi oii.. Mesti Tae Kyung oppa sayang aku, kalo die tau. Mesti die lantik aku jadik special fan die. Ok, cukup berangan kat blog. Nak tido, nak mimpi jadi Go Mi Nam.
Bye..

Wednesday, January 12, 2011

Rasa..

Aku rasa, sekarang aku tengah melalui waktu-waktu yang menyedihkan..
Bila tengah sedih, aku selalu fikir..
"Bila hati aku akan kembali gembira?"
"Pernah ke aku rasa gembira?"
Tiba-tiba, aku rasa macam da lama aku tak rasa gembira.
Aku percaya, sekarang aku rasa sedih sebab dulu aku pernah rasa gembira dalam jangka waktu yang lama.
Dan tiba-tiba, aku rasa takut nak menghadapi rasa gembira..
Takut kalau2, tiba2 waktu sedih yang datang selepas gembira tu,
sungguh sedih yang tak tertahankan.
Sedih yang keterlaluan.
Aku pernah rasa sedih keterlaluan tu.
Sedih itu lebih pedih kerana ia tidak dapat dikongsikan untuk beban itu berkurangan.

Monday, December 20, 2010

Urmmm....

I am studying...
Jangan kaco!
hehehehee...

Da lama kot tak study.
Otak rasa bebal.
Malam ni, saya bukak buku sebab terpaksa lepas kena pressure oleh mereka2.

Me? Study?
Memang tak ah..
Buku tengah dibuka, tapi saya tengah berblogging.
Apekah?

Monday, October 11, 2010

Moving out..

Saya bakal berpindah..
Saya bakal memulakan hidup baru.
Ewah~Gedik!!

Saya nak balik kampung.
Ho yeay!!

Separuh barang sudah diangkut pulang.
Tinggal lagi separuh.
Ape nak buat lepas ni?
Malas nak fikir lagi.
Saya nak balik dan merehatkan diri sepuas-puasnya.
Sebelum saya mengatur langkah baru.
Doakan saya berjaya dalam langkah seterusnya..